
KUIH KARAS Kuih Tradisional Tarikan Baharu
​
ASAL USUL KUIH KARAS
Kuih karas adalah sajian makanan untuk minum petang yang sering menjadi pilihan kaum wanita dan suri rumah. Dengan penyediaan yang senang ianya sesuai untuk dihidangkan untuk tetamu dan keluarga. Kuih karas adalah kuih tradisi turun-temurun yang popular di negeri Kedah, Perak, Perlis dan negeri lain. Mempunyai bentuk yang unik seperti sarang burung dapat menarik perhatian kerana rangup, sedap dan rasa yang manis. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan berbentuk tempurung kelapa dalam minyak yang panas dan masak sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat gulung, segitiga. Bentuk kuih karas ini tidak mempunyai pelbagai bentuk kerana ingin mengekalkan bentuk kuih karas yang asli.

​
​
KEUNIKAN KUIH KARAS
Resipi yang sama, tetapi dengan cara pembuatan yang berbeza menjadikan rasanya lebih asli dan enak dapat menarik pelancong dari serata tempat hanya kerana ingin merasa air tangan yang mewarisi resipi tradisional ini. Keunikan rasa asli yang tidak dapat diperolehi di kebanyakkan tempat lain membuatkan kuih karas ini dikenali oleh penduduk setempat dengan gelaran “Mak Cik Kuih Karas” yang bertahan sehingga ke hari ini. Jelas, Nor Fatihah, mengekalkan cara tradisional dengan menggunakan acuan tempurung ia dapat memberi keunikan rasa yang tidak semua orang mampu hasilkan. Beliau menggunakan acuan tempurung kelapa sebagai acuan kuih ini agar kuih karas menjadi halus, rapuh dan kekal rangup bila dimakan. Selalunya, pelancong yang datang ke Pekan Rabu pasti mencari kuih “Mak Cik Karas” kerana mereka ingin melihat sendiri proses pembuatan kuih ini dan merakamnya untuk dijadikan sebagai kenangan dan pengalaman yang berharga kerana ia sukar untuk didapati di tempat lain terutama pada zaman sekarang.
​
​
​
​
​


HAKKA LEI CHA
Warisan Budaya Teh Purba
Hakka lei cha adalah adat makanan tradisional bangsa Han. Malah, Hakka lei cha merupakan sejenis minuman atau bubur yang dihasilkan daripada campuran herba dan daun teh yang dikisar dengan pelbagai jenis bijan dan kacang panggang. Hakka lei cha berasal dari negara China dan sekarang amat popular di negara China, Malaysia, Singapura dan tempat-tempat tumpuan suku kaum Hakka yang lain. Lei cha adalah satu cara yang kuno dan unik yang boleh diminum dan dimakan. Intihanya, Hakka lei cha dikenali sebagai “warisan budaya teh purba".
​
KEBERKESANAN PEMAKANAN
Mengikut pengesahan perubatan tradisional Cina, dengan meminum atau makan Hakka lei cha dapat menghilangkan dahaga. Semasa cuaca panas, lei cha membantu untuk mengelakkan angin ahmar. Sementara itu, semasa cuaca sejuk, lei cha juga mencegah daripada kesejukan. Selain itu, sajian ini juga memberi kelebihan kepada kaum wanita kerana ianya dapat mencantikkan wajah dan lebih berseri. Warga yang berumur menikmati sajian ini dapat memanjangkan hayat hidup dengan mendorong makrobiotik. Malah, lei cha dapat membuka selera dan menyihatkan tubuh badan. Justeru, Hakka lei cha yang istimewa ini menjadi sejenis minuman dan makanan kesihatan dengan mempunyai beberapa kesan perubatan yang baik.
​
​

