top of page

KEK FAUZI Telah Diberi Nafas Baharu 

Kek coklat cair atau lebih dikenali sebagai Kek Fauzi sering meniti di bibir penggemar kek coklat. Kek fauzi telah diusahakan oleh En. Mohamad Fauzi Bahadim bermula sejak Oktober 2011 melalui syarikatnya Fauzi Food Sdn Bhd, sebelum diambil alih oleh En. Mohd Ferdaus Kalkausar bin Kassim pada bulan Mei 2018 di bawah syarikat Ferdaus Kalkausar Food. Oleh hal yang demikian, jenama produk Kek Fauzi ditukar kepada nama baharu iaitu Kalkeks. 

TERKENAL DENGAN LIMPAHAN COKLAT YANG MEWAH

​

Kek coklat cair yang dikeluarkan oleh Fauzi Food Sdn Bhd terkenal dengan keistimewaan coklat yang melimpah ruah. Walau bagaimanapun, menurut En. Mohd Ferdaus, beliau masih mengekalkan rasa yang sama ditambah lagi dengan tagline baharu iaitu Lebih Leleh! dan Lebih Creamy! di bawah jenama Kalkeks. “Dengan adanya ejen-ejen di beberapa IPT yang berdekatan, sambutan terhadap kek coklat cair ini amat menggalakkan, malahan tempahan kek daripada orang ramai juga tidak menang tangan,” ujarnya. Walaupun, Kalkeks hanya menumpukan kepada satu jenis kek coklat sahaja, tetapi kek coklat ini terdapat dalam enam jenis saiz iaitu bermula daripada 100gram (saiz S) sehingga 1.2 kilogram (saiz XL). Saiz kek yang dipasarkan bergantung kepada permintaan pembeli. Dengan menggunakan penjenamaan yang baharu, beliau yakin bahawa peminat Kek Fauzi yang sebelum ini akan jatuh hati dengan rasa yang sama, malah lebih menyelerakan.

IMG-20181011-WA0021.jpg

Visitor Count

bottom of page