
RESIPI ADUNAN TAKOYAKI
(26 - 30 biji)
BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 1/2 tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan sehingga sebati
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula.
BAHAN INTI
Sotong/udang/isi ketam/ sosej/belut (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis Kobis bulat yang dicincang/disagat.
CARA MEMASAK
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak di setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti sotong/udang/isi ketam/sosej/belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai
agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan sos takoyaki, mayonis dan juga hirisan katsuobushi