
RESTORAN HAI THIEN
LAGENDA SEJARAH 60 TAHUN
Antara keistimewaan di Restoran Hai Thien yang begitu menarik perhatian pelanggan adalah disebabkan masakannya dalam bentuk halal yang boleh dinikmati oleh kaum Muslim. Selain itu, masakannya adalah gabungan dalam gaya Cina bersama gaya Siam dan gaya kaum lain-lain. Seterusnya, yang menjadikan Restoran Hai Thien begitu terkenal adalah harga yang berpatutan yang boleh ditanggung oleh semua masyarakat. Dengan ini, ia telah menarik perhatian orang ramai daripada pelbagai kaum untuk berkunjung ke sini. Masakan yang paling terkenal di Restoran Hai Thien adalah “Siamese Steam Fish”. Diaggarkan dalam 10 buah meja, akan terdapat tujuh buah meja yang memesan “Siamese Steam Fish”. Dapatlah kita lihat betapa terkenalnya masakan tersebut di dalam Restoran Hai Thien. Harganya amat berpatutan, ini adalah kerana restoran akan timbang gram untuk mengirakan harga terhadap makanan laut itu.

“BURGER TOWER”
Tarikan Utama Ana Burger D`Cafe
Sebut sahaja ‘western’ pasti terdetik di fikiran para penggemar tentang kelazatan hidangan makanan ala barat yang disajikan. Makanan western sudah menjadi trend dan amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya bagi golongan muda. Bagi penggemar makanan ini sudah pasti mereka ingin mencuba sesuatu sajian baru yang mempunyai kelainan dari segi rasa dan keunikannya.
​
BURGER “HOME MADE?
Penghasilan inti burger ini adalah daripada daging segar yang dicampur dengan keju, menjadikan rasa inti daging yang dihasilkan berbeza berbanding burger yang dijual di tempat lain. Menurut Kak Ana, lebih 50 ketul inti daging dan ayam dibuat setiap hari untuk dihidang kepada pelanggan. Burger yang dihasilkan juga terdiri daripada pelbagai saiz dan ketinggian mengikut citarasa pelanggan.
​
Harga yang dikenakan adalah berpatutan setanding saiz dan jenis burger yang disediakan. Antara burger yang menjadi tarikan utama pelanggan di cafe ini ialah, ‘Happy Family Tower’ iaitu burger yang tingginya sebanyak 13 tingkat daging yang dihasilkan selama lebih kurang 15 minit yang mana memerlukan kemahiran tinggi untuk menghasilkannya. Selain ‘Happy Family Tower’, burger lain yang sering menjadi pilihan pelanggan seperti ‘Double Hot Juicy’, ‘Triple Hot Juicy’ dan ‘Volcano Cheezy Tower’ turut disediakan.


KONSEP MAKANAN ALA-ALA HOTEL,
TARIKAN BUAT PENGUNJUNG

Kafe Mat Periuk ini dimiliki oleh Chef Kamarul yang merupakan chef selebriti terkenal di Malaysia dan diuruskan oleh adiknya iaitu Rafizatul Fairos dan pasangannya, Mohd Rani Arifin. Mereka berdua bertanggungjawab dan menjadi tulang belakang untuk menguruskan restoran ini apabila ketiadaan Chef Kamarul.
​
​


SAJIAN & HIDANGAN
Apa yang uniknya tentang kafe Mat Periuk ini adalah sering menampilkan hidangan makanan dan minuman setanding dengan restoran di hotel dengan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Kafe Mat Periuk menyajikan hidangan Melayu dan Barat lebih daripada 50 menu. Antaranya Nasi Goreng Kampung KIT, Nasi Goreng Atok, Maggi Goreng Rakyat Jelata, minuman Bandung Cinta Sayang, Jelingan Manja Kahwin Campur dan sebagainya. Nasi Goreng Atok merupakan salah satu menu warisan keluarga kerana diilhamkan daripada cita rasa arwah ayah Chef Kamarul, Che Rose. Bagi sesiapa yang sukakan masakan Melayu, Nasi Goreng Atok adalah menu yang wajib dicuba. Hal ini kerana resipi nasi goreng istimewa Chef Kamarul digoreng nasinya sekali dengan isi ikan dan salad dihidangkan bersama dengan telur goreng. Seterusnya, Maggi Goreng Raja Raja dihidangkan bersama udang galah yang bersaiz besar yang dianggap sebagai Raja Udang.