top of page

DULU SUKA-SUKA KINI PUNCA PENDAPATAN

Hari ini, Mohd Fakhruddin bin Abdul Latif, 35, bersyukur dengan kejayaan dan kestabilan dalam perniagaan yang diceburi oleh beliau. Chortiez & Co Cafe yang beroperasi selama 5 tahun di Taman Sena Indah, Kangar, Perlis ialah kedai yang merupakan punca rezeki kepada beliau sekeluarga sehingga sekarang. Dengan menu yang berkonsepkan Western, menjadikan kedai tersebut lebih unik dan mampu menarik perhatian masyarakat sekarang ini terutamanya dalam kalangan anakanak muda remaja. 

images.jpg
21435671_235972776925999_506045737154589

DORONGAN RAKAN

“Antara faktor yang mendorong saya untuk menjalankan perniagaan Chortiez & Co Cafe ini adalah daripada rakan saya sendiri. Pada mulanya saya dan rakan tidak serius dalam menjalankan perniagaan ini dan menganggap ianya sebagai hobi suka-suka sahaja tetapi apabila kedai kami mendapat sambutan daripada orang ramai, kami teruskan perniagaan ini dengan lebih serius. Modal yang saya keluarkan untuk memulakan bisnes ini adalah sebanyak RM17,000.00 sahaja termasuk membeli keperluan bahan mentah. Sebagai tambahan, sedikit demi sedikit keuntungan yang diperoleh akan digunakan untuk penambahbaikan dari segi kemudahan di kedai saya. Selain itu, semua menu yang ditawarkan, adalah hasil daripada saya dan rakan dalam sama-sama menjana idea untuk mencipta menu-menu yang menarik kepada para pelanggan,” ujar beliau. 
menerima 

TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

“Tiga bulan pertama saya mengalami kerugian, tetapi saya yakin dengan mengadakan promosi, perniagaan saya berpotensi akan berkembang dengan lebih baik. Pakej  promosi tersebut berbentuk air ‘coca-cola’ yang diberikan secara percuma kepada para pelanggan yang datang di kedai saya. Jadi, kesannya sangat positif dan saya menjadikan itu sebagai pelan pemasaran dalam perniagaan saya. “Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai saya terdiri daripada pelajar. Pada saya, pelanggan adalah sebagai pengantara antara saya dengan orang ramai kerana mereka adalah antara generasi yang lebih banyak meluangkan masa dengan media sosial. 

TOBAT SEDAP BAQ HANG 

Minat Berniaga Timbul Sejak Umur 18 Tahun
 

foodtruck DML.jpg

Jika dahulu pada awalnya perniagaan ini  hanya berniaga di atas beca, kini perniagaan ‘Daging Merah Loqstaq’ telah berkembang kepada empat cawangan di Semenanjung Malaysia iaitu dua di Alor Setar dan dua lagi di Kuala Lumpur dengan slogan mantap berbunyi ‘Tobat Sedap Baq Hang’. Selain menumpukan perhatian penuh di setiap cawangan, Azreen turut mengambil peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan makanan ini di beberapa kawasan baharu sekitar Malaysia dengan memulakan perniagaan secara kecilkecilan mengikut kadar tempoh percubaan di samping mengenal pasti reaksi pelanggan dan penerimaan mereka di kawasan tersebut sebelum membuka cawangan baharu secara tetap.

menu DML2.jpg
DML foto 4.jpg

Selain menjual juadah tengah hari di kedai, ‘Daging Merah Loqstaq’ juga menerima tempahan dan menjalankan kerja-kerja katering, sama ada untuk majlis besar atau kecil. Tempahan majlis untuk katering kebiasaannya adalah seperti majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya. Perkhidmatan katering dan tempahan ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kelainan untuk juadah makanan dalam majlis tersebut. Kebiasaannya, menu untuk majlis bergantung kepada cita rasa dan kehendak pelanggan. Strategi dan sistem pengurusan perniagaan ‘Daging Merah Loqstaq’ ini dilihat selari dengan arus kemajuan teknologi kerana penggunaannya sangat membantu untuk meluaskan pasaran secara offline atau online. Selain menggunakan ‘Foodpanda’, aktiviti mempromosikan kedai dan set menu dipergiatkan lagi melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram ‘Daging Merah Loqstaq’. 

  

Visitor Count

bottom of page